Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kid perlu masa hadapi pemergian isteri

    Pemain gitar kumpulan Search, Noordin Mohd Taib atau Din menyifatkan adiknya, Kid yang kematian isteri, Noraznin Yusof akibat kanser darah, akhir bulan lalu, sebagai insan kuat semangat.

    Din memberitahu, dia sering melawat dan menghubungi Kid untuk bertanya khabar dan memberi sokongan sejak kehilangan insan tersayang.

    “Saya tengok Kid kuat. Saya selalu hubungi dan saya pergi ke rumahnya. Bagaimanapun, kami beri dia masa dan ruang dalam menghadapi kehilangan isteri.

    “Saya sedang menyusun beberapa perancangan bersama Kid. Namun, disebabkan dia baru kehilangan isteri, saya beri dia ruang.

    “Sebelum ini, Kid bergelut dengan kesihatan arwah isteri dan tidak boleh beri fokus 100 peratus. Jadi, biarlah dia pulih dahulu,” katanya kepada BH Online.

    Pada 29 November lalu, Kid atau nama sebenar, Hamzah Mohd Taib kehilangan Noraznin yang menghidap kanser darah ‘myeloma’ tahap empat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Kuala Lumpur. – Agensi

    Din membuat beberapa perancangan bersama Kid tetapi kerana baru kehilangan isteri, dia diberikan ruang dan perlu masa dalam menghadapinya. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda