Thursday, January 2, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Knicks bangkit atasi Wizards

    LOS ANGELES, 29 DIS – Jalen Brunson menjaringkan 55 mata ketika New York Knicks bangkit daripada defisit jaringan dua mata pada suku keempat untuk menewaskan Washington Wizards 136-132 dalam masa tambahan, kelmarin.

    Brunson menjaringkan 42 mata pada separuh masa kedua dan masa tambahan untuk membantu Knicks mengatasi Wizards bagi kemenangan NBA ketujuh berturut-turut.

    Ia adalah jaringan 50 mata ketiganya untuk Knick, di mana pasukan itu memerlukan sumbangannya ketika menentang Wizards yang bermain tanpa Kyle Kuzma dan penjaring utama, Jordan Poole.

    Justin Champagnie mencatat 31 mata tertinggi dalam kerjaya untuk Wizards, yang mendahului sebanyak 11 mata pada suku ketiga dan mendahului lapan mata di suku keempat.

    Wizards melebarkan jurang mata kepada 100-90 pada awal tempoh terakhir dan selepas beberapa pertukaran mata, mereka meningkat kepada 119-114 dengan masa perlawanan berbaki 1:07.

    Brunson berjaya mencatat jaringan tiga mata sekali gus mengikat kedudukan pada 119-119 dengan satu lagi lontaran yang telah membawa mereka ke masa tambahan, di mana Brunson dan Josh Hart masing-masing bersaing untuk menjaringkan mata sebelum mengakhiri permainan.

    “Kami ketinggalan di belakang sehingga suku keempat. “Kami menemui cara untuk mengubah corak permainan bagi memperoleh kemenangan,” kata Brunson.

    Brunson menyumbang 18 daripada 31 jaringan mata dan melakukan 10 jaringan tiga mata untuk Knicks.

    “Saya membaca permainan, dan kemudian saya mencari cara untuk memberi impak kepada pasukan lawan,” katanya. – AFP

    Reaksi Brunson selepas melaku jaringan tiga mata semasa separuh masa pertama perlawanan bola keranjang NBA pada 28 Disember, di Washington. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda