Sunday, January 5, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Knicks kecewakan Jazz

    LOS ANGELES, 2 JAN – Karl-Anthony Towns menjaringkan 31 mata dan Josh Hart pula menyumbang triple-double kedua berturut-turut untuk melonjakkan New York Knicks kepada kemenangan NBA kesembilan berturut-turut, 119-103 ke atas Utah Jazz, kelmarin.

    Tanpa Miles McBride dan penjaring terbanyak Jalen Brunson juga diketepikan akibat kecederaan kaki kanannya, Towns dan Hart telah memberikan prestasi yang memberangsangkan.

    Towns menambah 21 rebound manakala Hart menjaringkan 15 mata dengan 14 rebound dan 12 assist dan Mikal Bridges menyumbang 27 mata.

    “Sepanjang musim, sama ada dalam keadaan kecederaan, sakit, digantung dalam perlawanan kami memerlukan semua orang,” kata jurulatih Knicks, Tom Thibodeau, mengenai keupayaan pasukan untuk mengekalkan momentum walaupun mengalami kekurangan pemain.

    “Sebagai sebuah pasukan, kami mengutamakan kemenangan dan melakukan yang terbaik, itulah yang menyeronokkan,” katanya.

    “Kami mempunyai semua orang yang komited antara satu sama lain. Apabila awda berbuat demikian, perkara yang baik datang daripadanya.”

    Collin Sexton dan Jordan Clark masing-masing menjaringkan 25 mata untuk Jazz, tetapi Jazz mengalami kekalahan kelima berturut-turut.

    Manakala di Detroit, Pistons telah menewaskan Orlando Magic 105-96 tetapi menyaksikan pemain pertahanan, Jaden Ivey mengalami kecederaan kaki yang serius pada awal suku keempat. – AFP

    Sexton (kiri) menghantar bola kepada rakan sepasukan Lauri Markkanen semasa permainan bola keranjang NBA pada 1 Januari, di New York. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda