Saturday, October 26, 2024
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kod QR Cik B disekat terlalu banyak terima duit raya

    Anak usahawan Datuk Seri Vida iaitu Cik B tidak menyangka menerima ratusan ringgit duit raya selepas meluahkan rasa kecewa pada hari Jumaat lalu.

    Memetik laporan mStar, Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, menerima wang tersebut selepas berkongsi kod QR akaun bank di Instagram miliknya selepas rata-rata pengikutnya bersimpati dengan nasibnya yang tidak lagi menerima duit raya pada tahun ini.

    Kata Cik B, kod QR akaun banknya juga mengalami masalah kerana terlalu ramai yang ingin membuat transaksi.

    “Korang nak tahu tak? Kod QR Cik B sampai rosak sebab korang bagi Cik B banyak sangat duit raya.

    “Terima kasih banyak korang, Cik B dapat banyak sangat duit raya. Saya sangat menghargai pemberian awak semua.

    “Saya sayang awak semua! Terima kasih bagi duit raya,” katanya di Instastory miliknya.

    Menerusi perkongsian tersebut, beliau juga memuat naik notifikasi yang diterima selepas pengikutnya melakukan transaksi.

    Apa yang lebih mengejutkan dirinya apabila salah seorang pengikutnya turut memberinya RM5,000 sebagai duit rayanya.

    Sebelum ini, Cik B kecewa apabila beliau sudah tidak menerima sebarang duit raya daripada kenalan mahupun saudara terdekat.

    Katanya, rata-rata saudara maranya enggan memberinya duit raya disebabkan kekayaan dimiliki ibunya.

    Malah beliau tidak kisah sekiranya mendapat jumlah yang sedikit memandangkan hanya mahu menikmati kemeriahan suasana hari raya. – Agensi

    Cik B terharu terima banyak duit raya dari peminat. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda