Monday, December 23, 2024
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Koleksi Kenzo Takada ceriakan dunia fesyen

    TOKYO – Pameran yang memperkenalkan sejarah pereka fesyen, Kenzo Takada, dan ciptaannya sedang diadakan di Galeri Seni Bandaraya Opera Tokyo di Wad Shinjuku Tokyo.

    Takada Kenzo: Chasing Dreams ialah pameran berskala besar pertama karyanya sejak kematiannya pada 2020, mempamerkan rekaan Takada yang memberikan kejutan melalui budaya pakaian Barat dengan penggunaan warna dan bahan yang kreatif. Melalui pameran itu, pengunjung juga boleh menjejaki kehidupan Takada bermula sejak dia menjadi seorang pelajar sehingga menubuhkan jenamanya sendiri selepas berpindah ke Perancis sampai ke usia lanjutnya.

    Takada belajar fesyen di Kolej Fesyen Bunka di Tokyo sebelum berpindah ke Perancis pada 1965 menjadi salah seorang pereka Jepun pertama yang berbuat demikian. Takada membuka kedainya di Paris pada tahun 1970 untuk mempersembahkan koleksi pertamanya.

    Penggunaan warna dan bahan inovatifnya telah menarik perhatian orang ramai, dan dia digelar ‘ahli silap mata warna.’ Dia membuka jalan kepada pereka Jepun generasi akan datang untuk mengambil peranan utama dalam dunia fesyen.

    Pakaian perkahwinan Takada yang dipersembahkan pada koleksi Musim Luruh-Musim Sejuk 1982 adalah antara kemuncak pameran itu. Pakaian itu diperbuat daripada reben berwarna-warni dengan sulaman bunga yang dikumpulnya lebih kurang 20 tahun. Gambar-gambar yang memperkenalkan proses yang digunakan untuk membuat pakaian juga ditunjukkan di pameran itu.

    Gambar ANN/The Yomiuri Shimbun
    Beberapa koleksi pakaian Kenzo Takada di Galeri Seni Bandar raya Opera Tokyo di Wad Shinjuku, Tokyo. – ANN/The Yomiuri Shimbun
    Gambar ANN/The Yomiuri Shimbun
    Gambar ANN/The Yomiuri Shimbun
    Gambar ANN/The Yomiuri Shimbun
    Gambar ANN/The Yomiuri Shimbun
    Gambar ANN/The Yomiuri Shimbun
    Gambar ANN/The Yomiuri Shimbun
    Gambar ANN/The Yomiuri Shimbun
    Gambar ANN/The Yomiuri Shimbun
    Gambar ANN/The Yomiuri Shimbun
    Gambar ANN/The Yomiuri Shimbun
    Gambar ANN/The Yomiuri Shimbun
    Gambar ANN/The Yomiuri Shimbun
    Gambar ANN/The Yomiuri Shimbun

    Pakaian yang dibuat dengan fabrik Jepun seperti tsumugi bahan tradisional yang ditenun dengan sutera mentah dan fabrik kimono musim panas yukata turut dipamerkan.

    Diinspirasikan oleh kimono, pakaian yang direka oleh Takada menggabungkan corak lurus dan siluet longgar, menunjukkan perbezaannya daripada pakaian Barat yang menekankan garisan badan.

    Ciptaan pakaian rakyat Takada terutamanya dari tahun 1970an hingga 1980an diilhamkan oleh pakaian etnik dari seluruh dunia termasuk negara di Asia, Eropah Timur dan Afrika.

    Mereka dianggap sebagai sinonim dengan pereka. Ruang pameran, dipenuhi dengan pakaian berwarna-warni.

    Menurut galeri itu, jarang sekali untuk melihat begitu banyak karya dari tahun 1970an dalam satu pameran.

    Pengunjung juga boleh meneliti kronologi kehidupan pereka dan lakaran reka bentuknya.

    “Kami berharap pengunjung akan merasakan personaliti Takada yang bersungguh-sungguh dan mesra melalui pameran itu,” kata kurator, Sunao Fukushima.

    Pameran itu menjelaskan mengapa Takada, yang mencipta pakaian merentasi sempadan dan budaya, masih digemari di seluruh dunia. – ANN/ The Yomiuri Shimbun

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda