Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Komited memelihara tradisi gayageum byeongchang

    KOREA SELATAN – Sesuatu yang agak lazim bagi Gi Yoo-jeong, pemain gayageum berusia 30 tahun, untuk memainkan alat muzik dua belas tali tradisional Korea itu.

    “Ibu saya adalah pemain gayageum, dan saya membesar dengan mendengar dia bermain di rumah sepanjang masa. Dan secara semula jadi, saya juga menjadi pemain,” katanya.

    “Ibu saya tidak bercakap mengenai kerjaya saya. Ia adalah semata-mata atas kehendak saya untuk bermain gayageum,” kata Gi, sambil memainkan alat muzik itu di rumahnya.

    Apabila dia mula bermain gayageum, anak pertamanya Ji-an duduk di sebelahnya untuk menyanyikan lagu.

    Anak keduanya, Yu-joo juga menghulurkan tangannya ke arah alat itu, menunjukkan rasa ingin tahu.

    Gi Yoo-jeong merupakan seorang pakar gayageum byeongchang, yang memainkan instrumen dan menyanyi pada masa yang sama. – ANN/The Korea Herald
    Gi bermain gayageum sambil ditemani anak pertamanya Ji-an duduk di sebelahnya untuk menyanyikan lagu dan anak keduanya Yu-joo. – ANN/The Korea Herald

    Gi merupakan seorang pakar gayageum byeongchang, yang memainkan alat muzik dan menyanyi pada masa yang sama.

    Dia berharap untuk mewarisi sepenuhnya genre muzik ini yang telah dinikmati oleh orang Korea sejak akhir abad ke-19, dan menyebarkan keindahannya kepada penonton hari ini.

    Kumpulan yang dia bentuk bersama dua rakan pemuziknya yang dipanggil ‘Samzichang’, yang bermaksud trisula dalam bahasa Korea, adalah sebahagian daripada usaha itu.

    Nama kumpulan berasal daripada nama tiga ahli iaitu Gi Yoo-jeong, Kim Sol-ji dan Kim Min-ji semuanya termasuk watak yang bunyinya serupa dengan ‘Zi’.

    “Kami mahu menunjukkan kepada generasi muda bahawa muzik tradisional tidak membosankan tetapi sesuatu yang boleh mereka nikmati,” kata ahli kumpulan itu.

    Di tangan mereka, muzik tradisional Korea, atau gugak, yang berevolusi.

    Kumpulan ini menggabungkan gaya moden dengan muzik tradisional dan membuat persembahan di hadapan penonton.

    “Melalui kumpulan itu, saya berharap dapat memberitahu orang ramai bahawa muzik tradisional Korea adalah menyeronokkan seperti muzik popular,” kata Gi.

    “Tetapi, melalui persembahan individu, saya memberi tumpuan kepada tradisi.”

    “Saya fikir mempunyai pengetahuan yang tepat tentang tradisi itu penting untuk tafsiran semula yang lebih baik,” tambahnya, menjelaskan sebab mempunyai matlamat yang berbeza ketika membuat persembahan bersama rakan-rakannya dan sendirian.

    Dia mengimpikan masa depan di mana budaya tradisional mendapat penghargaan luas daripada ramai orang.

    Dengan harapan ini, Gi berkata dia akan meneruskan usahanya untuk memelihara dan mengembangkan gayageum byeongchang. – ANN/The Korea Herald

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    24 maut lebuh raya runtuh di selatan China

    BEIJING, 1 MEI - Sekurang-kurangnya 24 orang maut selepas sebahagian lebuh raya runtuh akibat hujan lebat di wilayah Guangdong, selatan China hari ini, kata...