Tuesday, May 21, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    IMF tingkat prospek pertumbuhan rantau Asia dan Pasifik 2024

    SINGAPURA, 30 APRIL – Institusi kewangan global, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meningkatkan prospek pertumbuhan rantau Asia dan Pasifik kepada 4.5 peratus tahun ini, naik 0.3 peratus mata daripada unjuran pada Oktober, sebahagiannya disebabkan prestasi 2023 yang lebih baik dan dasar yang menyokong pertumbuhan.

    Agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) itu berkata rantau berkenaan kekal dinamik dan akan menyumbang kira-kira 60 peratus kepada pertumbuhan global tahun ini.

    Institusi itu juga mengunjurkan pertumbuhan rantau itu menjadi sederhana pada 2025, sebanyak 4.3 peratus, tidak berubah daripada ramalan pada Oktober, dengan kelembapan struktur di China menjadi faktor utama, katanya.

    IMF turut menambah baik prospek pertumbuhan Malaysia kepada 4.4 peratus, meningkat 0.1 peratus berbanding unjuran sebelumnya.

    Pengarah Jabatan Asia dan Pasifik IMF Krishna Srinivasan berkata pemacu pertumbuhan rantau ini adalah pelbagai, termasuk penggunaan domestik yang berdaya tahan di kebanyakan negara ASEAN, pelaburan awam yang kukuh di China dan India serta peningkatan mendadak dalam pelancongan di negara-negara Kepulauan Pasifik.

    Beliau berkata demikian pada sidang akhbar hibrid selepas penerbitan laporan “Tinjauan Ekonomi Serantau, Asia dan Pasifik: Pertumbuhan Mantap Di Tengah-tengah Prospek Yang Berbeza”, di sini hari ini.

    Institusi kewangan global itu mengunjurkan kadar inflasi akan sejajar dengan sasaran bank pusat menjelang akhir tahun 2024 di kebanyakan rantau itu dan jurang keluaran juga dijangka mengecil, bergantung pada dasar makroekonomi. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...