Tuesday, May 21, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    ISN fokus pulih kecederaan Nur Shazrin

    KUALA LUMPUR, 30 APRIL – Atlet pelayaran Malaysia, Nur Shazrin Mohamad Latif diberi jaminan tidak perlu menunggu lama bagi mendapatkan rawatan susulan berikutan kecederaan tangan kanannya ketika menyertai kejohanan Last Chance Regatta di Hyeres, Perancis baru-baru ini.

    Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Ahmad Faedzal Md Ramli berkata selaku atlet Program Podium, beliau mempunyai akses secara terus bagi mendapatkan rawatan sekali gus meneruskan hasrat untuk membuat penampilan ketiganya di pentas Sukan Olimpik 2024 Paris.

    “Sekarang kami sedang berusaha sehabis baik dan percaya pakar perubatan ISN akan bantu beliau.

    “Setiap keputusan akan dibuat berdasarkan siasatan terhadap laporan ujian imbasan kecederaan berkenaan.

    “Intervensi dan program pemulihan akan kita amati serta buat perbincangan bersama Shazrin serta jurulatih.

    “Kita ada lebih tiga bulan lagi dan saya optimis dalam memastikan dia dapat ke Olimpik,” katanya selepas ditemui pada simposium First Asian Cardiology di ISN, Bukit Jalil hari ini. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...