Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kongsi dapatan penilaian sendiri

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Jun – Sebagai kesinambungan Bengkel Program Penggredan Prestasi Sektor Awam (3PSA) melalui Penarafan Bintang pada April lalu, Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD), Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan sesi khas bengkel berkenaan di Dewan Ittisal, Institut Perkhidmatan Awam (IPA), semalam.

    Bengkel kali ini melibatkan lapan agensi dan setiap agensi diperlukan untuk melaksanakan penilaian sendiri di agensi masing-masing dan dapatan mengenainya telah dikongsikan dan dibentangkan oleh kumpulan pegawai penilai (peserta bengkel) pada sesi khas berkenaan.

    Susulan daripada sesi khas ini, kumpulan pegawai penilai akan membentangkan pula dapatan penilaian sendiri tersebut kepada pengurusan atasan di agensi masing-masing. Hasil dapatan akan dibuat penganalisaan lanjut oleh MSD sebagai intelligent information dan perbandingan semasa penilaian formal nanti.

    Sesi khas diakhiri dengan penyampaian sijil kepada para peserta Bengkel 3PSA yang disampaikan oleh Pemangku Pengarah Perkhidmatan Pengurusan, Awang Aminuddin bin Haji Buntar.

    Awang Aminuddin bergambar ramai bersama para peserta ketika menyertai bengkel yang diadakan di IPA, kelmarin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda