Sunday, September 29, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kontinjen akuatik, olahraga negara berlepas ke Kuching

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OGOS – Enam anggota kontinjen Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada jurulatih dan atlet sukan akuatik dan olahraga telah berlepas ke Kuching, Sarawak untuk menyertai Sukan Malaysia ke-21 (SUKMA XXI) yang akan berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos.

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, hari ini, bagi mengucapkan selamat belayar serta memberikan kata-kata nasihat kepada para jurulatih dan atlet ialah Setiausaha Tetap (Kebeliaan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Haji Zakaria bin Haji Serudin.

    Turut hadir Pengarah Belia dan Sukan, Hajah Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim, pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan serta keluarga para kontinjen.

    Pertandingan sukan akuatik akan bermula pada 19 Ogos di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Petra Jaya. Manakala sukan olahraga akan bermula pada 19 Ogos di Stadium Sarawak, Petra Jaya.

    Rombongan kontinjen Negara Brunei Darussalam berkenaan merupakan rombongan ketujuh yang berlepas ke SUKMA XXI di Kuching, Sarawak.

    Rombongan seterusnya akan bertolak ke Miri, Sarawak pada esok.

    Haji Zakaria dan Hajah Umi Kalthum bergambar ramai dengan rombongan jurulatih dan atlet sukan akuatik dan olahraga yang berlepas ke SUKMA XXI. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    Haji Zakaria menyampaikan kata-kata nasihat kepada para jurulatih dan atlet kontinjen Negara Brunei Darussalam ke SUKMA XXI. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda