Wednesday, January 22, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kontinjen Sukan SEA selamat pulang

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MEI – Seramai 18 orang anggota kontinjen Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada chef de mission, assistant chef de mission, pegawai urus setia, pegawai perubatan, pengurus, jurulatih dan atlet e-sukan telah pulang ke Negara Brunei Darussalam selepas menyertai Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) ke-32 di Phnom Penh, Kemboja pada 5 hingga 17 Mei.

    Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi menyambut ketibaan kontinjen negara pada lewat malam kelmarin ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Hadir sama ialah Setiausaha Tetap (Kesukanan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, dan Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly, serta pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

    Kontinjen negara pada edisi Sukan SEA kali ini telah berjaya meraih dua pingat emas melalui sukan wusyu, satu pingat perak bagi sukan pencak silat dan enam pingat gangsa melalui sukan-sukan karate, pencak silat, wusyu dan badminton.

    Kontinjen Negara Brunei Darussalam telah diketuai oleh Pemangku Pengarah Pembangunan Belia dan Sukan, Dayang Zainab binti Haji Morshidi selaku Chef de Mission.

    Kontinjen negara selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei semalam yang disambut oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda