Thursday, March 13, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korban periuk api Myanmar naik hampir 3 kali ganda – PBB

    BANGKOK, 4 APRIL- Periuk api dan peluru yang tidak meletup telah membunuh atau mencederakan hampir tiga orang setiap hari di Myanmar pada tahun lepas, menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), peningkatan hampir tiga kali ganda berbanding tahun sebelumnya ketika konflik dalaman semakin memuncak.

    Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) melaporkan terdapat 1,052 orang awam yang disahkan terkorban akibat periuk api atau senjata yang tidak meletup sepanjang 2023.

    Angka itu hampir tiga kali ganda daripada 390 kejadian yang dicatatkan pada 2022. Lebih 20 peratus daripada mangsa adalah kanak-kanak, menurut laporan itu.

    Negara Myanmar tidak termasuk dalam konvensyen PBB yang melarang penggunaan atau pembangunan periuk api.

    Tentera Myanmar telah berulang kali dituduh melakukan kekejaman dan jenayah perang selama beberapa dekad konflik dalaman berlaku.

    Semua pihak dalam konflik semasa telah menggunakan periuk api ‘secara sembarangan’, kata UNICEF.

    Lebih daripada satu pertiga daripada korban dilaporkan di wilayah Sagaing di utara, kawasan yang sebahagian besarnya aman sebelum rampasan kuasa berlaku tetapi sejak itu muncul sebagai titik panas penentangan terhadap pemerintahan tentera.

    Pada 2020, tahun sebelum rampasan kuasa berlaku terdapat 254 mangsa periuk api di seluruh negara, menurut UNICEF. – AFP

    Seorang tentera menunjukkan periuk api yang ditanam oleh tentera Myanmar berhampiran Pekon, Myanmar, pada Julai 2023 lepas. Mangsa periuk api dan peluru yang tidak meletup telah meningkat hampir tiga kali ganda berbanding tahun sebelumya, menurut PBB pada 4 April. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda