Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea bincang penyambungan landasan

    SEOUL, 26 Jun – Korea Utara dan Selatan mengadakan rundingan hari ini mengenai penyambungan landasan kereta api yang melintasi sempadan mereka, hubungan fizikal yang akan mengubah hubungan kedua-dua negara di semenanjung itu.

    Rundingan yang pertama selama 10 tahun dilakukan mengenai isu itu, berlangsung di kampung keamanan Panmunjom di Zon Bebas Aktiviti Ketenteraan.

    Laluan kereta api itu sudah wujud dari Seoul ke Pyongyang dan ke Sinuiju di sempadan China, yang asalnya dibina oleh Jepun pada awal abad ke-20 sebelum Perang Korea.

    Menghubungkan kedua-dua sistem laluan itu akan memodenkan infrastruktur kereta api di Utara dan sekali gus akan membuka laluan darat bagi Korea Selatan menembusi pasaran China, Rusia dan Eropah.

    Namun berbuat demikian akan menunjukkan perubahan asas yang besar di semenanjung itu. Kedua-dua Korea itu tidak mempunyai sebarang komunikasi awam langsung antara mereka sejak memeterai gencatan senjata pada tahun 1953 yang menamatkan Perang Korea.

    Naib Menteri Perhubungan Korea Utara, Kim Yun Hyok (kiri) berjabat tangan dengan Naib Menteri Pengangkutan Korea Selatan, Kim Jeong-ryeol semasa pertemuan mereka di dalam Rumah Damai di kampung keamanan Panmunjom, Korea Selatan, kelmarin. – AP

    Walaupun tekanan diplomatik di semenanjung itu semakin berkurang dengan sidang kemuncak antara pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dan Presiden Korea Selatan, Presiden Moon Jae-in serta Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, Pyongyang masih lagi dikenakan sekatan mengenai program nuklear dan peluru berpandunya.

    Menurut ketua perwakilan Korea Selatan, Kim Jeong-ryeol bahawa apa-apa sahaja langkah praktikal akan menjadi mungkin selepas sekatan itu berkurangan.

    “Namun kita dapat menyelidik dan mengkaji pelbagai projek yang dapat kita lakukan setelah sekatan itu ditarik,” tambahnya.

    Dalam tempoh penyesuaian awal, Selatan membina sebuah stesen di Dorasan, di selatan Zon Bebas Aktiviti Ketenteraan, dengan platform yang ditandakan untuk perkhidmatan yang tidak ada ke ibu kota Korea Utara.

    Di sebelah timur Semenanjung, kereta api boleh menghubungkan bandar pelabuhan Korea Selatan di Busan ke Eropah melalui Korea Utara dan Rusia.

    Sebelum ini, Kim dan Moon bersetuju untuk ‘mengamalkan langkah-langkah praktikal ke arah penyambungan’ laluan kereta api pada sidang kemuncak pertama mereka April lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda