Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea S mulakan latihan perang

    SEOUL, 18 Jun – Korea Selatan hari ini akan memulakan latihan perang selama dua hari untuk mempertahankan kepulauan Dokdo yang dipertikaikan di perairan pantai timurnya dari kemungkinan serangan Jepun.

    Seoul telah mengawal pulau kecil di Laut Jepun (Laut Timur) sejak akhir pemerintahan jajahan Jepun di Semenanjung Korea. Tokyo juga menuntut kepulauan itu, yang dikenali sebagai Takeshima di Jepun, menuduh Seoul mendudukinya secara tidak sah.

    Latihan diadakan beberapa hari selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan penangguhan latihan bersama yang telah lama diamalkan dengan Korea Selatan, bertujuan untuk mempertahankan dari tekanan Korea Utara, serta menyifatkan latihan itu sebagai ‘mahal’ dan ‘provokatif’.

    Sementara serangan dari Jepun dianggap tidak mungkin berlaku, Korea Selatan kali pertama mengadakan latihan pada tahun 1986 dan telah menga-dakannya dua kali setahun sejak 2003.

    “Latihan mempertahankan Dokdo adalah latihan rutin yang dijalankan untuk mencegah serangan dari pasukan luar,” kata Choi Hyun-soo, seorang jurucakap wanita di kementerian pertahanan Seoul.

    Latihan dua hari, yang kecil berbanding dengan latihan ketenteraan Korea Selatan-AS yang telah ditangguhkan, akan melibatkan enam buah kapal perang dan tujuh buah pesawat udara sementara sebuah unit marin akan mendarat di pulau kecil yang didiami oleh kira-kira 40 orang, kebanyakan mereka adalah pegawai polis. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda