Monday, October 7, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea Selatan batal gantung lesen doktor mogok

    SEOUL, 8 JULAI – Korea Selatan hari ini mengumumkan bahawa pihaknya tidak akan menghukum ribuan doktor yang mogok, dalam usaha untuk mengakhiri kebuntuan selama berbulan-bulan mengenai pembaharuan latihan perubatan yang telah menyebabkan hospital-hospital di negara itu dalam keadaan huru-hara.

    Kira-kira 12,000 doktor muda telah mogok sejak Februari, membantah peningkatan kemasukan ke sekolah perubatan, yang menurut kerajaan akan menangani salah satu nisbah doktor-ke-populasi terendah dalam kalangan negara maju.

    Kumpulan doktor yang mogok mendakwa pembaharuan itu akan mengurangkan kualiti perkhidmatan, namun para penyokong rancangan itu menuduh mereka cuba melindungi gaji dan status sosial mereka.

    Kerajaan Korea Selatan telah mengurangkan skala pembaharuan berkenaan yang pada asalnya membayangkan universiti menerima 2,000 pelajar perubatan tambahan setiap tahun, namun enggan membatalkan dasar itu sepenuhnya, seperti yang dituntut oleh para doktor pelatih.

    Mogok tersebut telah berlanjutan, menyebabkan hospital terpaksa membatalkan operasi dan rawatan penting dan kumpulan pesakit mengadakan protes yang mendesak kedua-dua pihak untuk mengakhiri kebuntuan itu. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda