Wednesday, February 5, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea Utara rai ulang tahun kematian Jong Il

    SEOUL, 17 DIS – Korea Utara menyambut ulang tahun ke-10 kematian pemimpin Kim Jong Il hari ini dengan upacara peringatan yang dihadiri oleh ribuan orang, termasuk anak lelakinya Kim Jong Un.

    Kim Jong Il memerintah Korea Utara selama 17 tahun sehingga kematiannya pada Disember 2011, dan mewariskan kuasanya kepada anak lelakinya.

    Kim Jong Un menghadiri upacara peringatan pada hari ini di Istana Mata Hari Kumsusan, makam untuk Kim Jong Il dan bapanya Kim Il Sung, pengasas Korea Utara.

    Tiga generasi keluarga Kim telah memerintah negara itu sejak 1948.

    Rakyat Korea Utara dididik dari lahir untuk menghormati Kim Il Sung dan Kim Jong Il, dan semua orang dewasa memakai lencana menggambarkan salah seorang atau kedua-dua mereka.

    Dalam gambar yang disiarkan di KCTV, Kim Jong Un kelihatan tunduk di depan potret besar bapanya, berdiri di platform menghadap ribuan orang di perkarangan istana.

    Bendera dikibar setengah tiang di Pyongyang, di mana penduduk merai ulang tahun dengan menunduk kepala mereka di depan potret Kim Jong Il dan Kim Il Sung. – AFP

    Orang ramai menundukkan kepala untuk memberikan penghormatan mereka di depan potret Kim Il Sung dan Kim Jong Il sempena ulang tahun ke-10 kematian Kim Jong Il, di Dataran Kim Il Sung, Pyongyang, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda