Thursday, January 16, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea Utara tawar sokongan Rusia tangani pemberontakan

    SEOUL, 25 JUN – Korea Utara menawarkan sokongan penuhnya kepada Rusia dalam menangani pemberontakan baru-baru ini, lapor media kerajaan, hari ini.

    Pada pertemuan dengan duta Rusia ke Pyongyang, Alexander Matsegora, naib menteri luar Korea Utara, Im Chon Il “menyatakan keyakinan kukuh bahawa pemberontakan bersenjata di Rusia baru-baru ini akan berjaya dihentikan”, kata Agensi Berita rasmi Pusat Korea (KCNA).

    Tentera upahan Rusia yang bersenjata lengkap dari kumpulan Wagner berundur selepas mara ke Moscow hujung minggu ini, mengurangkan krisis keselamatan paling serius di Rusia dalam beberapa dekad.

    Im menambah bahawa ‘tentera dan rakyat Rusia yang kuat pasti akan mengatasi cabaran dan kesusahan serta bangkit sebagai pahlawan dalam operasi ketenteraan khas menentang Ukraine’, menurut KCNA.

    Ia merupakan mesej sokongan terbaharu dari Pyongyang ke Moscow sejak permulaan perang di Ukraine, yang disifatkannya sebagai perang proksi Amerika Syarikat (AS) untuk menghancurkan Rusia. – AFP

    Anggota syarikat tentera Kumpulan Wagner duduk di atas kereta kebal di jalan di Rostov-on-Don, Rusia, 24 Jun. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda