Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kunjungan raya ahli PKWE erat hubungan

    Oleh Normazlina M.D

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Jun – Lebih 60 orang warga emas dari Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Daerah Tutong dan Daerah Brunei dan Muara telah berkesempatan berkunjung ke majlis rumah terbuka mantan Menteri Pendidikan, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman di kediamannya di Kampung Sungai Hanching, pagi tadi.

    Rombongan warga emas berkenaan diketuai oleh Timbalan Pengurus PKWE Daerah Brunei dan Muara, Haji Ali bin Haji Emran.

    Menurut salah seorang warga emas yang ditemui, kunjungan ahli-ahli PKWE berkenaan adalah bagi mengeratkan hubungan kerjasama dan erat serta ikatan silaturahim antara ahli-ahli PKWE dua daerah.

    Yang Dimuliakan Pehin Haji Suyoi bergambar ramai bersama ahli PKWE Daerah Tutong dan Daerah Brunei dan Muara yang berkunjung ke rumahnya di Kampung Sungai Hanching, pagi kelmarin.
    Ahli PKWE Daerah Tutong ketika berkunjung ke rumah Haji Ali di Kampung Perpindahan Lambak Kanan, baru-baru ini.

    Selain berkunjung ke rumah orang-orang kenamaan, ahli-ahli juga berkunjung ke rumah ahli-ahli warga emas yang lain.

    Baru-baru ini, Haji Ali juga telah mengadakan rumah terbuka di kediamannya di Kampung Perpindahan Lambak Kanan.

    Majlis berkenaan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan kekeluargaan dalam kalangan warga emas, sanak saudara dan sahabat handai sempena sambutan Hari Raya ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda