Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    KUPU SB, Kesultanan Oman bincang kerjasama pendidikan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JULAI – Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), hari ini, telah menerima lawatan kerja daripada rombongan pegawai dari Kesultanan Oman.

    Rombongan diketuai oleh Penyelia Am Program Kerjasama Kebudayaan antara kedua-dua buah negara dan Pengarah Pentadbiran Kementerian Pendidikan, Dr Saeed bin Saif Al-Ameri, bersama Penyelaras Program Tadreeb Mu’alim dan Ketua Jabatan Pembangunan Kurikulum Bahasa Arab, Hameed Al-Rajibi yang mengiringi empat orang tenaga pengajar dari Kesultanan Oman ke Negara Brunei Darussalam bagi penilaian guru-guru yang mengikuti Tadreeb Al-Mu’alim 2022.

    Hadir bagi pihak KUPU SB ialah Raes KUPU SB, Dr Haji Adanan bin Haji Basar.

    Kedua-dua belah pihak telah mengadakan perbincangan di Bilik Taqwa, KUPU SB di mana perbincangan tertumpu kepada mengadakan peluang kerjasama antara KUPU SB dan Kesultanan Oman khususnya dalam program pertukaran pelajar mengikuti latihan kursus Bahasa Arab dan dalam pelbagai jurusan pendidikan secara umum.

    Delegasi Kesultanan Oman turut mengalu-alukan untuk memberi latihan mengajar dalam kalangan pelajar bagi memantapkan kaedah pengajaran yang ada.

    Dr Haji Adanan dan Dr Saeed semasa mengadakan perjumpaan di Bilik Taqwa, KUPU SB kelmarin.
    Antara rombongan pegawai dari Kesultanan Oman yang hadir semasa lawatan ke KUPU SB.

    Turut dibincangkan adalah cadangan bagi mengadakan seminar berkaitan kaedah pengajaran Bahasa Arab yang sesuai di Negara Brunei Darussalam.

    Perbincangan turut menyentuh mengenai kepentingan memperbaharui cara pengajaran mengikut arus kemodenan dan lebih utama mengikut keperluan pelajar pada masa sekarang yang maju dalam teknologi.

    Sebelum itu, penerangan berkaitan latar belakang dan program yang ditawarkan di KUPU SB telah disampaikan oleh Pengarah Pejabat Antarabangsa dan Perhubungan Awam, KUPU SB, Pengiran Siti Katijah binti Pengiran Sulaiman.

    Majlis diteruskan dengan penyerahan cenderahati yang disampaikan oleh raes KUPU SB kepada Dr Saeed.

    Turut hadir dalam perjumpaan tersebut ialah pegawai-pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Ugama dan pegawai-pegawai utama KUPU SB.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...