Sunday, September 29, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lakaran seni ceriakan peti pembekal voltan

    KUALA LUMPUR – Dalam landskap bandar yang sering didominasi oleh konkrit dan besi, penglibatan seni boleh mengubah estetika dan suasana bandar secara signifikan.

    Di pusat bandar Kuala Lumpur, feeder pillar yang dicat dengan warna-warna cerah – satu inisiatif yang dipuji oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) – membawa keceriaan dan sentuhan fantasi ke jalan-jalan ibu kota.

    Usaha itu dimulakan oleh Jabatan Pelaksanaan Projek DBKL yang melibatkan projek-projek kecil untuk mencantikkan bandar.

    Feeder pillar, juga dikenali sebagai peti pembekal voltan rendah yang membekalkan tenaga elektrik pada lampu di jalanan.

    Menariknya, feeder pillar milik DBKL telah diubah menjadi kanvas yang mempamerkan budaya tempatan, hidupan liar dan motif tradisional. Setiap tiang dihiasi dengan unik untuk mencerminkan elemen kekayaan budaya Malaysia.

    Feeder pillar yang dihiasi dengan sebuah dram klasik India, mridangam. – ANN/The Star
    Satu lagi alat gendang tradisional yang digambarkan pada salah satu feeder pillar. – ANN/The Star
    Feeder pillar yang telah dihiasi dengan reka bentuk bunga sebagai sebahagian daripada projek DBKL. – ANN/The Star
    Ayam jantan yang digambarkan di feeder pillar yang lain. – ANN/The Star
    Gambar ANN/The Star
    Gambar ANN/The Star

    Salah satu feeder pillar menggambarkan bangau, sebagai bentuk lambang kebebasan dan keindahan alam semula jadi yang masih dikekalkan di tengah-tengah bandar.

    Sementara itu, pillar yang lain pula ada yang menampilkan imej ayam jantan, simbol yang biasa dalam cerita rakyat dan lambang fajar, sesuai untuk bandar yang sedang pesat membangun tetapi masih berpegang kepada akarnya.

    Pendekatan artistik itu bukan sekadar tertumpu kepada hidupan liar. Mridangam, dram klasik India, juga kelihatan pada tiang lain, menonjolkan kepelbagaian budaya Malaysia di mana muzik dan seni menjadi jambatan antara masyarakat yang pelbagai. Rekaan bunga tradisional Melayu pada tiang lain memberi penghormatan kepada kraf tangan dan seni visual masyarakat tersebut, mengukuhkan identitinya dalam fabrik bandar.

    Inisiatif tersebut lebih daripada sekadar mencantikkan bandar – ia mencetuskan penglibatan dan kebanggaan masyarakat. Para penduduk dan pengunjung sama-sama disajikan dengan pengalaman galeri luar yang mempesonakan.

    “Ia adalah satu bentuk pembaharuan bandar yang menghormati warisan budaya sambil menerapkan elemen-elemen kemodenan,’’ kata jurucakap DBKL.

    “Karya seni ini mengubah elemen bandar yang membosankan menjadi tempat menarik, berpotensi mengurangkan vandalisme dan memupuk rasa pemilikan dan hormat terhadap harta awam.

    “Bandar ini menjadi kanvas, tempat di mana seni tidak terhad kepada galeri tetapi menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian.

    “Integrasi seni ke dalam infrastruktur awam ini adalah bukti komitmen kami untuk memperkayakan persekitaran bandar dengan cara yang kreatif dan inklusif,” tambah jurucakap tersebut. – ANN/The Star

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda