Saturday, September 28, 2024
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lakers ambil khidmat Redick

    LOS ANGELES, 21 JUN – JJ Redick, seorang penganalisis televisyen NBA untuk ESPN, telah bersetuju dengan syarat perjanjian empat tahun untuk menjadi ketua jurulatih baharu Los Angeles Lakers, demikian menurut beberapa laporan yang dikeluarkan kelmarin.

    Redick, yang pernah bermain selama 15 tahun dalam NBA, telah bertemu dengan pegawai Lakers pada hujung minggu lalu dan ditawarkan jawatan tersebut kelmarin, menurut ESPN, dengan The Athletic turut mengumumkan pelantikan itu.

    Sebelum ini, Lakers telah ditolak oleh jurulatih Universiti Connecticut, Dan Hurley minggu lalu untuk mengisi kekosongan selepas kelab itu memecat ketua jurulatih, Darvin Ham dan seluruh kakitangannya bulan lalu.

    Ham telah diberhentikan selepas Lakers mencatatkan rekod 47-35 musim lalu dan tewas kepada Denver Nuggets pada pusingan pertama playoff Western Conference.

    Redick yang kini berusia 39 tahun, mencatatkan purata 12.8 mata, dua rebound dan dua assist dalam lebih 940 permainan dari 2006 hingga 2021 bersama Orlando, Milwaukee, Los Angeles Clippers, Philadelphia dan New Orleans.

    Selepas bersara, beliau menyertai ESPN pada akhir 2021 dan menjadi sebahagian daripada pasukan liputan NBA terkemuka rangkaian itu pada Februari selepas Doc Rivers berundur untuk menjadi jurulatih Milwaukee Bucks. – AFP

    Redick tiba untuk permainan keempat NBA Final antara Dallas Mavericks dan Boston Celtics pada 14 Jun di Dallas. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda