LOS ANGELES, 27 FEB – Los Angeles Lakers memadamkan defisit 27 mata untuk meraih kemenangan 111-108 ke atas Dallas Mavericks kelmarin sementara Milwaukee Bucks melonjakkan rekod kemenangan NBA mereka kepada 14 perlawanan .
Anthony Davis menjaringkan 30 mata dan mencatat 15 rebound untuk Lakers, yang telah menang tiga kali berturut-turut ketika mereka berusaha memasuki perlawanan playoff.
LeBron James menambah 26 mata dan Jarred Vanderbilt berjaya menjaringkan 15 mata dengan 17 rebound dan empat steal dalam permainan mengagumkan yang termasuk pertahanan kukuh daripada bintang Mavs, Luka Doncic.
Lakers mendahului permainan pada suku ketiga apabila James jatuh dan kemudian memegang buku lali kanan dan tumitnya dalam kesakitan.
Walau bagaimanapun, dia masih kekal dalam permainan, merampas tiga mata untuk memberikan pasukannya pendahuluan sejak awal suku pertama.
Davis meraih rebound daripada lontaran Vanderbilt dan melakukan dunk put-back untuk menambah mata pendahuluan dengan perlawanan berbaki dua minit dan Lakers bertahan untuk kemenangan.
Doncic menjaringkan 26 mata, 14 daripadanya diperoleh pada suku pertama.
Kyrie Irving menyumbang 21 mata dan 11 rebound untuk Mavs, tetapi gagal mengejar Lakers dalam saat-saat akhir.
Sementara bagi Milwaukee, Jrue Holiday menjaringkan 33 mata untuk membantu Bucks bermain tanpa pemain bintang mereka, Giannis Antetokounmpo dalam kemenangan 104-101 ke atas Phoenix Suns.
Bucks nampaknya kurang bersemangat apabila Antetokounmpo tidak bermain dan hanya duduk setelah mengalami kecederaan quadriceps dan penampilan sulung Kevin Durant di Suns masih tertangguh ketika dia meneruskan pemulihan akibat kecederaan lutut.
Jurulatih Bucks, Mike Budenholzer memuji prestasi Holiday, termasuk sumbangan steal yang penting ketika merampas bola dari pemain Suns, Devin Booker sekali gus membawa kemenangan kepada Bucks. – AFP