SAN FRANCISCO, 26 DIS – Austin Reaves menjaringkan kemenangan dua mata dengan masa berbaki satu saat selepas Stephen Curry menyamakan kedudukan dengan lontaran tiga mata sepanjang 31 kaki dengan tujuh saat tinggal, manakala LeBron James mencatatkan 31 mata dan 10 assists dalam perlawanan NBA ke-19 pada Hari Natal. Los Angeles Lakers berjaya menewaskan Golden State Warriors 115-113 semalam.
Curry mencatatkan 38 mata dengan lapan lontaran tiga mata, termasuk satu dari sudut dengan tekanan pada 12 saat terakhir dan satu lagi pada baki 2:49, hanya untuk James memberi jawapan dengan lontaran tiga mata di sebelah lawan.
Reaves merekodkan triple-double dengan 26 mata, 10 rebound dan 10 assist untuk Lakers, yang kehilangan pemain utama Anthony Davis akibat pergelangan kaki kiri tergeliat pada akhir suku pertama.
Golden State tewas untuk kali ke-11 daripada 14 perlawanan. Green dikenakan denda teknikal ke-8 pada lewat suku kedua, separuh daripada jumlah 16 denda teknikal yang akan membawa kepada penggantungan satu perlawanan secara automatik.
Dengan James berusaha menyekatnya, Curry dengan tenang menjaringkan tiga mata dengan masa berbaki 10:59 suku kedua sebelum James membalas dengan lontaran jauh 17 saat kemudian.
Kedua-dua bintang itu juga bertemu pada Hari Natal pada 2015, 2016 dan 2018 selepas Warriors dan Cavaliers bertemu di Final NBA.
Curry menjadi pemain ketujuh dalam sejarah NBA yang mempunyai sekurang-kurangnya 11 penampilan pada 25 Disember, menyertai James, Kobe Bryant, Shaquille O’Neal, Dwyane Wade, Russell Westbrook dan Kevin Durant.
James mencatatkan kemenangan ke-11 pada 25 Disember, mengatasi rekod bekas rakan sepasukan Wade.
Golden State akan bertemu Clippers pada Jumaat, sementara Lakers kembali tempat mereka untuk menerima kunjungan Sacramento pada Sabtu. – AP