Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lakukan ujian PCR, ART sebagai langkah berjaga-jaga

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 DIS – Orang ramai yang telah menggunakan Khidmat Kedai Gunting Ajib dalam jangka masa seminggu yang lalu, disarankan untuk membuat ujian PCR atau ART bagi memastikan keselamatan masing-masing.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar menjelaskan perkara ini semasa menjawab pertanyaan mengenai kluster baharu yang melibatkan tempat kediaman pekerja kedai gunting berkenaan.

    Yang Berhormat Menteri seterusnya menambah pada sidang media hari ini, jika sekiranya mereka tidak lama berada di kedai tersebut, ada kemungkinan teknologi bluetooth dalam aplikasi BruHealth tidak dapat mengesannya. Namun jika ia menggunakan telefon ketika itu, teknologi tersebut sepatutnya dapat mengesan.

    Walau bagaimanapun, jika belum diberikan penanda pada aplikasi BruHealth mereka, adalah disarankan untuk membuat ujian ART atau PCR untuk memastikan status jangkitan COVID-19 kepada individu-individu berkenaan, walaupun tidak menunjukkan gejala dan sebagainya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda