Friday, October 4, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Laos lulus kenaikan gaji pekerja berpendapatan rendah

    VIENTIANE, 3 OKT – Kerajaan Laos telah mengarahkan perniagaan dan penyedia perkhidmatan untuk membayar elaun sokongan yang lebih tinggi kepada pekerja berpendapatan rendah bagi menangani peningkatan kos sara hidup.

    Kementerian Tenaga Kerja dan Kebajikan Sosial Laos mengeluarkan notis yang berkuat kuasa pada 1 Oktober, mendesak majikan di unit perniagaan dan perkhidmatan untuk membayar gaji minimum bulanan sebanyak kira-kira AS$114, menurut laporan kementerian, hari ini.

    Gaji minimum sekarang adalah kira-kira AS$73.

    Namun, dengan kos sara hidup yang meningkat dengan ketara, kerajaan telah menganggap perlu untuk memberikan sokongan tambahan kepada pekerja di seluruh negara.

    Kenaikan gaji dan elaun baharu itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan yang lebih luas untuk membantu pekerja menghadapi tekanan ekonomi akibat kos sara hidup yang tinggi dan inflasi.

    Inflasi di Laos masih menimbulkan kebimbangan, walaupun ia sedikit menurun kepada 21.7 peratus pada September 2024, berbanding 24.3 peratus pada Ogos. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda