Wednesday, June 26, 2024
23 C
Brunei

    -

    Lapan maut akibat sesak nafas dalam trak peti sejuk di China

    BEIJING, 17 JUN – Lapan orang maut akibat sesak nafas dalam sebuah trak peti sejuk di wilayah Henan, tengah China, kata penyiasat.

    Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin, pasukan penyiasat tempatan berkata bahawa lapan orang itu telah diangkut secara ‘haram’ dalam kenderaan sejuk itu ke bandar Hongzhuangyang.

    “Pemandu mendapati lapan orang sesak nafas dan tidak sedarkan diri di dalam trak itu,” kata penyiasat sambil menambah mereka kemudiannya disahkan mati.

    Pemandu dan ‘orang yang bertanggungjawab’ lain ditahan oleh polis, kata kenyataan itu.

    Kes itu masih dalam siasatan, tambahnya.

    Tidak dapat dipastikan sama ada lapan orang itu adalah warga China atau warga asing. – AFP

    Gambar hiasan. – Canva
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bunuh 3 anak, ibu dipenjara 18 tahun

    WELLINGTON, 26 JUN - Seorang hakim di New Zealand hari ini menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun kepada seorang wanita kerana membunuh tiga anak perempuannya...