KUALA LUMPUR, 26 Jun – Penyata kewangan bagi tahun kewangan berakhir Mac 2010, 2011 dan 2012 yang diaudit oleh KPMG Malaysia, tidak memberikan penilaian sebenar dan adil ke atas syarikat itu, kata 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu berkata dalam surat bertarikh 8 Jun, 2018, firma perakaunan itu menasihatkan 1MDB supaya mengambil langkah perlu untuk mengelak daripada sebarang pergantungan atau pergantungan lanjut ke atas tiga laporan audit berkenaan.
“Menurut KPMG, mereka mencapai keputusan itu selepas meneliti laporan Ketua Audit Negara mengenai laporan 1MDB yang diklasifikasikan semula serta laporan berkaitan yang sebelum ini tidak dikemukakan oleh pengurusan lama syarikat itu,” katanya. – Bernama