Saturday, October 5, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lawatan 50 guru kerjaya ke FIT UBD

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OKT – Seramai 50 orang guru kerjaya dari sekolah menengah kerajaan, maktab dan pusat tingkatan enam serta pegawai-pegawai Jabatan Sekolah-sekolah (JSS) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Fakulti Teknologi Bersepadu (FIT), Universiti Brunei Darussalam (UBD) petang kelmarin.

    Lawatan itu diketuai oleh Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan (Profesional) di JSS, Kementerian Pendidikan, Haji Metusin bin Haji Jais.

    Semasa lawatan, Dekan FIT, Penolong Kanan, Profesor Dr Juliana binti Haji Zaini, menyampaikan ucapan alu-aluan diikuti pembentangan komprehensif mengenai program-program yang ditawarkan, kriteria kemasukan dan data statistik daripada Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, Profesor Madya Dr Malik Muhammad Nauman.

    Acara berakhir dengan sesi soal jawab dan lawatan ke bilik-bilik makmal dan bilik khas.

    Lawatan yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Kerjaya, JSS itu bermatlamat membantu guru kerjaya lebih memahami program-program yang ditawarkan di FIT, syarat kemasukan dan prospek kerjaya. Maklumat yang diperoleh akan membantu guru kerjaya memberikan khidmat nasihat kepada pelajar mengenai hala tuju pengajian dan kerjaya.

    Gambar ramai guru-guru kerjaya semasa lawatan ke FIT, UBD, kelmarin. – GAMBAR SERAHAN JSS
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda