Monday, May 13, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Lawatan Persahabatan UNISSA ke PSU

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar serahan PPHT, UNISSA

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MAC – Seramai 11 orang ahli rombongan terdiri daripada empat staf akademik, dua pelajar siswazah dan lima pelajar pra-siswazah Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban (PPHT), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) berlepas ke Thailand bagi menghadiri Lawatan Persahabatan antara UNISSA dengan Prince of Songkla University (PSU) selama enam hari baru-baru ini.

    Rombongan tersebut diketuai oleh Pengarah PPHT, Pengiran Dr Hajah Norkhairiah binti Pengiran Haji Hashim.

    Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah Simposium Sains Halal, Industri dan Perniagaan. Enam kertas kerja turut dibentangkan oleh para peserta dari UNISSA.

    Rombongan juga didedahkan dengan konsep Hotel Mesra Muslim yang disampaikan oleh wakil dari Hotel Alfahad yang merupakan antara hotel halal di Hat Yai, Thailand.

    Rombongan juga dibawa melawat ke beberapa pusat di PSU, seperti Institut Halal, Pejabat Instrumen Saintifik dan Pengujian, Fakulti Agro-Industri, dan Kilang Model PSU. Melalui lawatan ini, rombongan berpeluang menyaksikan cara penggunaan Kit Ujian Porsin yang dapat mengesan DNA khinzir dengan cepat.

    Rombongan UNISSA yang berlepas ke Thailand bagi menghadiri lawatan persahabatan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pesawat ringan mendarat tanpa peralatan pendaratan

    MELBOURNE, 13 MEI - Sebuah pesawat ringan dengan tiga orang mendarat dengan selamat tanpa peralatan pendaratan pada hari ini selepas mengelilingi lapangan terbang Australia...