Sunday, April 28, 2024
25.7 C
Brunei

    -

    Hampir 130,000 hadapi kebuluran di Afrika

    GENEVA, 10 MAC – Hampir 130,000 orang di Afrika menghadapi kematian akibat kelaparan yang melanda, menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini.

    Kira-kira 48 juta orang di Djibouti, Etiopia, Kenya, Somalia, Sudan Selatan, Sudan dan

    Uganda menghadapi tahap krisis kekurangan makanan yang teruk, kata WHO.

    Ini bermakna keluarga terpaksa tidak makan, menggunakan wang simpanan dan aset untuk makan. Daripada jumlah itu, enam juta menghadapi kekurangan makanan pada tahap darurat, dan 129,000 berada pada tahap terburuk. Daripada 129,000, sejumlah 96,000 berada di Somalia dan 33,000 di Sudan Selatan, kata wakil WHO kepada pemberita di Geneva melalui pautan video dari Nairobi.

    “Kebanyakan bahagian di rantau ini sedang bergelut dengan kemarau paling teruk dalam tempoh sekurang-kurangnya 40 tahun manakala bahagian lain telah terjejas akibat banjir, yang membawa kepada kebuluran,” katanya.

    “Kami melihat peningkatan wabak penyakit dan bilangan kanak-kanak kekurangan zat makanan tertinggi dalam beberapa tahun,” katanya.

    Kira-kira 11.9 juta kanak-kanak berumur bawah lima tahun berkemungkinan menghadapi kekurangan zat makanan tahun ini. Benua itu juga sedang menghadapi wabak campak, taun, malaria, denggi, hepatitis E dan meningitis.

    Beliau berkata kekerapan penyakit ini boleh dikaitkan secara langsung dengan perubahan iklim yang melampau.

    Benua itu adalah salah satu yang paling terdedah kepada perubahan iklim, dengan krisis yang semakin kerap dan teruk.

    Lima musim hujan yang tidak turun berturut-turut telah menyebabkan kematian berjuta-juta ternakan, kemusnahan tanaman, dan memaksa berjuta-juta orang meninggalkan rumah mereka untuk mencari air dan makanan di tempat lain. – AFP

    Seorang wanita Somalia bersama anaknya di pinggir Dollow, Somalia pada 20 September 2022. Afrika mengalami krisis kekurangan makanan yang mengancam ribuan jiwa menurut laporan WHO. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    4 maut diserang gajah liar di India

    NEW DELHI, 28 APRIL - Sekurang-kurangnya empat orang termasuk pegawai perhutanan maut diserang seekor gajah liar di negeri Assam, timur laut india, lapor Xinhua...