Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lawatan tinjau pengusaha Malaysia

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MAC – Perdagangan keseluruhan antara Brunei dan Malaysia terus menunjukkan trend peningkatan yang positif serta dijangka akan terus mencatatkan pertumbuhan positif pada 2022.

    Sehubungan dengan itu, dalam usaha untuk menyaksikan dan mengenali pengusaha-pengusaha Malaysia yang mengendalikan perniagaan di Brunei, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah mengadakan lawatan dan mendengarkan penerangan mengenai Syarikat R&T Electronic Enterprise di Kiulap, hari ini.

    Turut mengiringi Tuan Yang Terutama semasa lawatan berkenaan ialah Setiausaha Pertama, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Negara Brunei Darussalam, Mohd Rizal Saliken.

    Semasa lawatan berkenaan, TYT Dato’ Raja Reza berpeluang untuk mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan Pengarah Urusan R&T Electronic Enterprise, Frankie Ngu dan isteri, Pengurus Syarikat, Andy Ngu dan isteri serta Pengurus Pemasaran, Andy Lim.

    Beliau serta rombongan juga diberikan penerangan dan melawat Syarikat R&T Electronic Enterprise oleh Andy Lim.

    Syarikat R&T Electronics ditubuhkan pada 1983 dengan matlamat untuk menjadi syarikat unggul bagi pembekalan barangan elektronik, barangan rumah dan baranag perkhidmatan.

    Bagi tempoh lebih 20 tahun, syarikat itu mempunyai tiga cawangan iaitu di Kilanas, Kiulap dan Gadong dengan hasrat untuk terus meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai dengan teknologi terkini untuk kegunaan serta manfaat kehidupan masyarakat.

    TYT Dato’ Raja Reza diberikan penerangan mengenai Syarikat R&T Electronic semasa lawatannya ke syarikat itu kelmarin. – Gambar serahan Syarikat R&T Electronic Enterprise
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda