Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Layla Sania mengaku kurang fasih bahasa Melayu

    Penyanyi dan pelakon, Layla Sania mengakui dia mempunyai masalah untuk bertutur dengan baik dalam bahasa Melayu kerana menuntut di sekolah jenis kebangsaan Cina.

    Sedang menjalani penggambaran sebuah drama Melayu, Layla atau Layla Sania Khairuzikri, 21, berkata dia berasa gementar kerana bimbang tidak dapat bertutur dengan baik.

    Justeru itu, dia mengambil inisiatif mempelajari tentang pengolahan skrip dan penjiwaan watak dengan pelakon senior.

    “Saya sekarang sedang berlakon drama Melayu pertama… sebelum ini saya banyak membintangi drama berbahasa Cina sahaja.

    “Saya sebenarnya takut nak berlakon drama Melayu. Bukan apa, selama ni saya bersekolah Cina jadi bahasa Melayu saya tak berapa sangat. – Agensi

    Layla mendapat pendidikan awal di sekolah berbahasa Cina. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda