Monday, May 20, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    Pulau popular di Thailand alami masalah kekurangan air

    BANGKOK, 9 MEI – Pulau pelancongan Thailand yang menjadi terkenal oleh filem Hollywood, The Beach mengalami masalah kekurangan air yang teruk berikutan gelombang haba yang melanda di seluruh Asia, kata seorang pegawai pelancongan dan penduduk tempatan, hari ini.

    Kepulauan Koh Phi Phi, di luar pantai barat selatan Thailand, itu menarik ratusan ribu pengunjung setiap tahun kerana pantainya yang bersih dan air berwarna firus.

    Tetapi gelombang haba yang telah menyebabkan rekod-rekod suhu melanda seluruh rantau ini dalam beberapa minggu kebelakangan, serta turunan hujan rendah yang berpanjangan telah menyebabkan takungan air surut.

    “Syarikat swasta yang membekalkan air ke pulau-pulau mungkin terpaksa menghentikan bekalan itu,” Wichupan Phukaoluan Srisanya, presiden Persatuan Hotel Krabi, yang mewakili hotel-hotel di kawasan itu, memberitahu AFP.

    Pihak-pihak berkuasa pulau telah membincangkan penghantaran air dari tanah besar jika cuaca kering berterusan, katanya, tetapi akan ditangguhkan dengan harapan musim hujan tiba pada bulan ini.

    “Tetapi kami ingin memberikan jaminan kepada pelancong yang merancang untuk melawat pulau-pulau ini bahawa kami boleh menguruskannya,” tambah Wichupan.

    Penduduk yang enggan namanya disiarkan memberitahu AFP bahawa mereka mengalami kekurangan air tawar selama berbulan-bulan dan mengakibatkan beberapa hotel mempunyai tempahan yang terhad.

    Pelancong menerusi hantaran dalam talian juga memberikan peringatan kepada pelancong lain untuk ‘memeriksa sama ada penginapan mereka mempunyai air tawar’ sebelum mereka datang.

    Seorang pelancong menulis dalam ulasan laman TripAdvisor bahawa ‘tiada air paip’, kerana takungan air di pulau itu telah kering sejak April lalu. – AFP

    Pulau Thai yang terkenal oleh filem Hollywood The Beach mengalami kekurangan air yang teruk berikutan gelombang panas di seluruh Asia. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...