Friday, May 17, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    China akan kurangkan harga runcit petrol, diesel

    BEIJING, 30 APRIL – China akan mengurangkan harga runcit petrol dan diesel hari ini, berdasarkan perubahan terbaharu dalam harga minyak antarabangsa, kata perancang ekonomi utama negara itu kelmarin.

        Harga petrol dan diesel kedua-duanya akan turun sebanyak 70 yuan (kira-kira AS$9.85) setiap tan, menurut Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara.

        Di bawah mekanisme penetapan harga semasa, harga produk minyak ditapis diselaraskan mengikut perubahan harga minyak mentah antarabangsa.

        Tiga syarikat minyak terbesar China ialah China National Petroleum Corporation, China Petrochemical Corporation dan China National Offshore Oil Corporation  dan kilang penapisan minyaknya telah diarahkan untuk mengekalkan pengeluaran minyak dan memudahkan pengangkutan bagi memastikan bekalan stabil, kata suruhanjaya itu. – XINHUA

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua sekolah dibina semula dengan bantuan China

    KATHMANDU, 16 MEI - Dua sekolah awam yang dibina semula dengan bantuan orang Cina di daerah Dolakha Nepal telah diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan,...