Wednesday, June 26, 2024
33.9 C
Brunei

    -

    Lebih 1.8 juta umat Islam seluruh dunia tunai ibadat haji tahun ini

    MEKAH, 16 JUN – Seramai 1,833,164 umat Islam dari seluruh dunia menunaikan ibadat haji tahun ini, menurut Pihak Berkuasa Am bagi Statistik Arab Saudi.

    Menurut statistik yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkenaan kepada media di sini, daripada jumlah itu sebanyak 958,137 jemaah terdiri daripada lelaki manakala 875,027 adalah jemaah wanita.

    Pihak berkuasa berkenaan memaklumkan jumlah jemaah haji luar ialah 1,611,310 manakala jemaah tempatan 221,854 orang.

    “Peratusan jemaah haji dari Asia tidak termasuk negara Arab mewakili 63.3 peratus, negara Arab (22.3 peratus), negara Afrika (11.3 peratus), dan Eropah, Amerika Utara dan Selatan serta Australia (3.2 peratus),” menurut pihak berkuasa itu.

    Statistik itu menunjukkan jumlah ketibaan jemaah haji tertinggi adalah melalui lapangan terbang dengan 1,546,345 orang diikuti darat (60,251) dan pelabuhan (4,714).

    Dalam pada itu, jumlah jemaah haji yang mendapat manfaat daripada Inisiatif Laluan Makkah pada musim haji tahun ini ialah sebanyak 322,901 orang.

    Sementara itu, pihak berkuasa berkenaan juga menyatakan antara objektif pengumpulan data terperinci ini adalah bagi menyokong pembuat keputusan dalam mempertingkatkan perkhidmatan yang ditawarkan kepada jemaah haji. – Bernama

    Jemaah Islam mengerjakan solat Aidil Adha di masjid di Arab Saudi, bandar suci Mekah kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kelahiran Korea Selatan kembali pulih pada bulan April

    SEOUL, 26 JUN - Kelahiran di Korea Selatan kembali pulih dalam tempoh 19 bulan di tengah-tengah kebimbangan yang berlarutan mengenai penurunan berterusan dalam jumlah...