Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 30 pelajar UNISSA sertai UMATzing Race

    Oleh Syahmi Hassan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OKT – Seramai 31 orang pelajar tahun 1 hingga 3 Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang terdiri daripada tujuh kumpulan telah mengambil bahagian dalam acara UMATzing Race yang diadakan di Taman Mahkota Jubli Emas, kelmarin.

    Acara tersebut adalah bagi mengakhiri program Mind To Heart sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia anjuran bersama Unit Perkhidmatan Kaunseling, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Rakan UMAT, UNISSA yang sejajar dengan objektif program iaitu untuk membangunkan ukhuwah antara pelajar dan melatih peserta mengisi waktu dengan aktiviti yang sihat dan bermanfaat.

    Selain daripada UMATzing Race, Mind To Heart juga turut diisikan dengan Bengkel ART Therapy bagi warga UNISSA termasuk pensyarah, pegawai, kakitangan dan pelajar UNISSA.

    Bengkel selama dua hari itu disampaikan oleh pengamal terapi seni ekspresif kreatif bertauliah, Hajah Nur Darwisyah Hannani binti Abdullah Yong.

    Para peserta turut didedahkan dan mempelajari beberapa alat penilaian cara menzahirkan perasaan, personaliti dan keadaan yang dialami seperti My Secret Garden, My Persona Mask dan Unmasking.

    Program tersebut diharap dapat memberikan kesan yang positif kepada peserta secara langsung dan orang awam secara tidak langsung dalam sama-sama menitikberatkan soal penjagaan kesihatan mental.

    Gambar ramai bersama peserta dan ahli jawatankuasa kerja program tersebut. – GAMBAR SERAHAN UNISSA
    Antara aktiviti yang dijalankan oleh para peserta program berkenaan. – GAMBAR SERAHAN UNISSA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda