Thursday, September 19, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 300 sertai perarakan sempena Maulud Nabi

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 SEPT – Seramai 326 orang murid dan pegawai serta guru-guru Sekolah PGGMB Sungai Akar telah menyertai dalam Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW anjuran sekolah berkenaan, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Setiausaha Agung PGGMB, Haji Mustapa bin Haji Masri.

    Semasa majlis itu, Guru Besar Sekolah PGGMB, Haji Ali bin Haji Talip dalam ucapan alu-aluannya, antara lain menggariskan harapan dan keyakinan dengan mengadakan majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW ini akan dapat menyuntik semangat kecintaan yang sangat mendalam kepada guru-guru dan murid terhadap segala ajaran yang bawah oleh Baginda Rasulullah SAW.

    Antara lain tujuan sambutan adalah bagi meningkatkan kecintaan dan ketaatsetia kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, di samping mengamalkan segala ajaran dan suruhan Baginda sebagai suluh kehidupan dunia dan akhirat serta mencungkil bakat dan potensi para murid dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan semasa sambutan tersebut.

    Di majlis itu, murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 sekolah berkenaan telah menyertai dalam acara perarakan berjalan kaki sambil berselawat di kawasan letak kereta di sekolah.

    Sementara kanak-kanak Taman Asuhan 1 hingga 3 menyertai pertandingan mewarna di kelas masing-masing.

    Majlis turut diserikan dengan persembahan qasidah, forum Sirah Nabi Muhammad SAW dan persembahan nasyid, penyampaian hadiah, penyampaian khairat, laungan Dikir Assalam dan diakhiri dengan Doa Selamat.

    Turut hadiri ialah Timbalan Setiausaha Agung (Luar Negeri) PGGMB, Haji Yahya bin Haji Mirasan, guru-guru dan staf dan kakitangan sekolah.

    Haji Mustapa bergambar ramai bersama murid-murid dan warga Sekolah PGGMB Sungai Akar yang hadir pada majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN SEKOLAH PGGMB
    Haji Mustapa bersama tetamu dan murid-murid yang menyertai perarakan berjalan kaki sempena Maulud Nabi Muhammad SAW. – GAMBAR SERAHAN SEKOLAH PGGMB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda