Thursday, September 19, 2024
34.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 4,800 penanam ganja Maghribi terima pengampunan diraja

    RABAT, 20 OGOS – Raja Maghribi, Mohammed VI telah mengampunkan lebih 4,800 petani yang dituduh menanam ganja secara haram, kata Kementerian Kehakiman kelmarin.

    Baginda ‘telah berkenan memberikan pengampunan kepada 4,831 orang yang disabitkan bersalah, didakwa atau dikehendaki dalam kes yang dikaitkan dengan penanaman ganja’, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

    Pengumuman tersebut dibuat menjelang cuti umum hari ini.

    Maghribi adalah pengeluar ganja terbesar di dunia, menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Pada 2021, negara itu menerima pakai undang-undang mengenai pengeluaran dan penggunaan perubatan dadah itu, membenarkan penanaman di wilayah pedalaman di timur laut Rif. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda