WASHINGTON, 30 OKT – Lebih 80 juta rakyat Amerika telah membuat undian awal menjelang Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) pada 3 November, lapor agensi Anadolu.
Hasil pengiraan oleh Projek Pilihan Raya AS mendapati semalam seramai 80,721,858 telah mengundi awal, dengan majoriti – lebih 52 juta – diterima menerusi undi pos.
Pengundi mula beralih kepada pengundian melalui pos dan pengundian awal di tempat mengundi tahun ini di tengah-tengah kebimbangan kesihatan yang ditimbulkan oleh pandemik COVID-19. – Bernama