Oleh Ak Zaki Kasharan
Gambar serahan Kementerian Kesihatan
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 APRIL – Kementerian Kesihatan hari ini telah menerima pelbagai sumbangan sebagai tanggungjawab sosial korporat dari pihak-pihak penderma dalam membantu pihak kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam khususnya Kementerian Kesihatan sama-sama menangani dan membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini.
Hadir bagi menerima sumbangan-sumbangan yang diadakan di Kementerian Kesihatan ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar dan Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Dayang Sufinah binti Haji Serudin.
Sumbangan daripada LSL Sdn Bhd termasuk syarikat lainnya iaitu Trane Aire Sdn Bhd, Syarikat Daya Engineering Sdn Bhd, Amberhigh Sdn Bhd, Beaver Engineering Sdn Bhd, Kha Arkitek, Swee Sdn Bhd, Petar Perunding Sdn Bhd, Supinda Electronic & Trading Company, Razaco Transport Services dan Gaya Reka Sdn Bhd bagi kos pembinaan Makmal Rujukan Kebangsaan Virologi di Jalan Sumbiling, Bandar Seri Begawan yang berjumlah $569,348.
Sumbangan telah diserahkan oleh Pengarah Urusan LSL Sdn Bhd, Low Soon Lye dan Pengarah LSL Sdn Bhd, Dato Paduka Haji Ahmad bin Kadi. Dalam majlis itu juga, wakil-wakil dari syarikat lainnya telah menerima ‘Letter of Appreciation’ daripada Kementerian Kesihatan.
Sementara itu, Syarikat YMRM menyumbangkan cek berjumlah $10,000 yang diserahkan oleh pengerusi YMRM Group of Companies, Ramesh Jiwatram Bhawnani.
Manakala sumbangan daripada Parvati Textiles berupa cek berjumlah $3,000 dan 1,000 unit Theruptor Hand Sanitiser telah disampaikan oleh Hermant Punjabi.
Abdul Razak Holdings pula telah menyumbangkan cek berjumlah $30,000 yang disampaikan oleh Haji Suhaimei bin Haji Besar selaku pengarah Abdul Razak Holdings.
Kolej Perdagangan Laksamana pula turut menyumbangkan cek berjumlah $30,000 yang diserahkan oleh pengurus peribadi kolej tersebut, Pengiran Mansor bin Pengiran Jaya.
Sementara itu, Dato Paduka Haji Ahmad turut menyumbangkan cek berjumlah $30,000.
Manakala, Stesen Minyak Koperasi Perniagaan dan Perusahaan Melayu Berhad (KoPPMB) menyumbangkan cek berjumlah $2,500 yang disampaikan oleh Pengarah Urusannya, Pengiran Dato Paduka Haji Mustapa bin Pengiran Metassan.
S.P. Makmur Jaya Sdn Bhd pula menyumbangkan cek berjumlah $5,000 yang disampaikan oleh William Ngoh Foh Fook selaku pengarah urusan syarikat.
Manakala OKKY Jewellery Sdn Bhd telah menyumbangkan cek berjumlah $3,000 yang disampaikan oleh wakil syarikatnya, diikuti oleh Persatuan BISTARI menyumbangkan cek berjumlah $10,000 yang di-sampaikan oleh Yang Di-Pertua BISTARI, Datin Hajah Asmah bin Haji Abdul Rahman.