Sunday, October 6, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki didakwa pandu berbahaya, punca kematian warga emas

    Oleh Nour Maghfirah –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JULAI – Seorang lelaki tempatan, Asmawee bin Alamshah, 23, kelmarin telah didakwa menyebabkan kematian seorang lelaki warga emas dengan memandu secara berbahaya.

    Kejadian itu berlaku pada 26 April 2021, jam 2 petang di hadapan sebuah rumah di Kampung Tanah Jambu.
    Mengikut pertuduhan, Asma

    wee memandu kenderaannya secara berbahaya yang mengancam keselamatan orang ramai. Pertuduhan yang dikemukakan oleh Pendakwa Raya, Ahmad Firdaus bin Mohammad seterusnya mendakwa defendan masuk ke lorong bertentangan, mengakibatkan perlanggaran sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki berusia 82 tahun.

    Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 27(1) Akta Lalu Lintas Jalan Raya, Penggal 68, yang membawa hukuman denda $20,000 dan penjara sehingga tujuh tahun.

    Selain itu, di bawah Seksyen 27(3) akta yang sama, sabitan akan membawa kepada penggantungan atau tidak dibenarkan memegang atau mendapatkan lesen memandu seumur hidup, melainkan mahkamah memutuskan sebaliknya atas sebab-sebab tertentu.

    Semasa prosiding mahkamah, Asmawee meminta masa untuk mendapatkan bantuan guaman. Majistret Nur Eleana binti Dato Seri Paduka Haji Hairol Arni menangguhkan kes kepada 27 Julai.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda