Saturday, February 15, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki tempatan ditahan, 72 paket rokok ditemui

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 FEB – Seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun ditahan dalam satu operasi sepadu di sebuah kediaman di kawasan Kampung Sungai Tali Lumut dengan hasil serbuan mendapati 72 paket pelbagai jenis rokok seludup.

    Operasi yang dijalankan oleh Balai Polis Sungai Liang, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dengan kerjasama Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) adalah bagi membanteras kegiatan penyeludupan barang tegahan dan suspek bersama barang rampasan telah diserahkan kepada pihak JKED untuk tindakan lanjut.

    PPDB dalam kenyataannya menegaskan bahawa operasi sepadu bersama agensi penguatkuasaan lain akan terus dilaksanakan secara berkala dan berterusan bagi memastikan pematuhan undang-undang diperkukuh serta sebarang aktiviti pelanggaran undang-undang dapat dibendung.

    Selain itu, usaha ini juga bertujuan untuk mempererat kerjasama antara agensi penguatkuasaan di negara ini.

    Antara barang tegahan yang dirampas semasa operasi berkenaan. – GAMBAR SERAHAN PPDB
    Pegawai penguat kuasa menjalankan operasi sepadu di sebuah kediaman di Kampung Sungai Tali Lumut baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN PPDB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda