Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lesen digital kenderaan bakal dikeluarkan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 DIS – Pada penghujung tahun ini, Jabatan Pengangkutan Darat dijangka akan mengeluarkan lesen digital bagi lesen kenderaan dengan penggunaan pelekat (sticker) tidak lagi akan digunakan setelah uji kaji dilaksanakan beberapa bulan ini.

    Sebelum ini, pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada pemohon itu adalah hanya untuk sementara saja semasa perlaksanaan pelan kelangsungan perniagaan bagi kakitangan JPD, ujar Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof semasa menjelaskan mengenai pencetakan semula lesen kenderaan pada sidang media di Dewan Al-’Afiah, Kementerian Kesihatan hari ini.

    Yang Berhormat Dato seterusnya menjelaskan, pencetakan semula iaitu pelekat lesen kenderaan yang biasa ditampalkan pada cermin kereta tidak lagi akan digunakan setelah JPD beralih kepada penggunaan lesen digital.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda