Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Letupan di pondok pemeriksaan di Afghanistan

    KABUL, AFGHANISTAN, 1 JAN – Sebutir bom meletup berhampiran pondok pemeriksaan di lapangan terbang tentera Kabul pagi hari ini dan mencederakan ‘beberapa’ orang, menurut pegawai Taliban, letupan berdarah pertama 2023 di Afghanistan.

    Tiada kumpulan segera mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, namun sekutu serantau kumpulan IS, yang dikenali sebagai IS di wilayah Khorasan, telah meningkatkan serangan sejak Taliban mengambil alih pada 2021.

    Sasaran pengeboman termasuk anggota peronda Taliban dan beberapa minoriti syiah Afghanistan.

    Lapangan terbang tentera itu terletak kira-kira 200 meter daripada lapangan terbang awam dan berhampiran dengan Kementerian Dalam Negeri, dan kejadian pengeboman nekad pernah berlaku di kawasan itu pada Oktober tahun lalu yang membunuh sekurang-kurangnya empat orang. Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Abdul Nafi Takor berkata letupan itu mengakibatkan beberapa orang terbunuh dan cedera. – AP

    Seorang pejuang Taliban mengawal keadaan di Kabul, Afghanistan. Sebutir bom meletup berhampiran pondok pemeriksaan di lapangan terbang tentera Kabul dan mencederakan ‘beberapa’ orang.- AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda