PETALING JAYA, 22 Jun – LG Electronics (M) Sdn Bhd merancang untuk memiliki 30 kedai perkongsian menjelang akhir tahun ini daripada 25 cawangan sekarang ini, khususnya bandar raya utama seperti Johor Bahru dan Kuching, kata Pengurus Besar Jualan Patrick Seow.
Katanya, jenama itu sudah mempunyai beberapa kedai perkongsian di Lembah Klang dan kini akan memberi tumpuan kepada bandar-bandar lain.
Tanpa mendedahkan angka pelaburan yang tepat untuk pengembangan itu, beliau berkata setiap kedai perkongsian memerlukan sekurang-kurangnya beberapa ratus ribu ringgit untuk pengubahsuaian bagi produk LG Electronics
Syarikat itu juga mencari rakan kongsi baharu untuk kedai jenama LG.
“Kami tidak tergesa-gesa tetapi yang penting adalah mencari rakan kongsi yang sesuai bagi membawa jenama kami dan mengembangkan perniagaan secara bersama-sama,” katanya. – Bernama