Sunday, October 6, 2024
30.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lindungi gadis dari kanser serviks

    KOTA KINABALU, 2 OGOS – Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) bekerjasama rapat dengan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) untuk memastikan 100,000 gadis yang layak di seluruh Malaysia menerima vaksinasi Human Papillomavirus (HPV).

    Ketua Pegawai Eksekutif LIAM Mark O’Dell berkata program itu, sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) LIAM, akan menyediakan vaksin HPV yang penting kepada remaja perempuan dalam komuniti yang kurang bernasib baik, luar bandar dan berisiko di seluruh Malaysia.

    Beliau berkata vaksinasi itu penting dalam mencegah HPV dan kanser berkaitan HPV terutamanya kanser serviks, dan sebagai sebahagian daripada ulang tahun ke-50 persatuan itu, LIAM menyumbangkan RM3 juta kepada NCSM daripada sumbangan kolektif 14 syarikat insurans hayat dan dua syarikat insurans semula dalam persatuan itu.

    “Mereka (NCSM) menerima dos percuma (vaksin HPV) daripada pengilang, tetapi mereka memerlukan wang untuk menyampaikannya kepada remaja perempuan dalam kumpulan umur 13 hingga 20 tahun. Jadi kami akan mencari dan memberi vaksin kepada kumpulan ini kerana vaksin itu sangat berkesan terhadap kanser serviks sehingga 90 peratus,” katanya kepada Bernama.

    ‘Tanpa Meninggalkan Sesiapa di Belakang’ – Program Vaksinasi HPV itu memfokuskan pada menglibatkan, mendidik dan memvaksinasi gadis di 162 daerah di 13 negeri dan tiga wilayah persekutuan, sambil menggunakan pendekatan komprehensif yang merangkumi komunikasi berkaitan kesihatan, campur tangan perubahan tingkah laku dan perkhidmatan kesihatan yang cekap. – Bernama

    O’Dell pada temu bual bersama wartawan Bernama di sebuah hotel pada 2 Ogos. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda