Wednesday, March 12, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Liverpool ‘tidak bernasib baik’ – Slot

    LIVERPOOL, 12 MAC – Pengurus Liverpool, Arne Slot, menyatakan kekalahan kepada Paris Saint-German kelmarin sebagai ‘permainan terbaik’ yang pernah dia sertai.

    Dia turut mengakui pendahulu Liga Perdana itu tidak bernasih baik dalam penentuan sepakan penalti dan tersingkir dari Liga Juara-Juara.

    PSG telah mendominasi perlawanan pertama seminggu lalu tetapi tiba di Anfield dengan 1-0 selepas jaringan lewat Harvey Elliott merampas kemenangan untuk The Reds di Parc des Princes.

    Peranan telah diterbalikkan kelmarin apabila gol pembukaan Ousmane Dembele pada minit ke-12.

    PSG kemudian menang 4-1 menerusi sepakan penalti selepas percubann Darwin Nunez dan Curtis Jones diselamatkan oleh Gianluigi Donnarumma.

    “Ia adalah permainan bola sepak terbaik yang pernah saya sertai. Ia adalah persembahan yang luar biasa, terutamanya jika awda membandingkannya dengan minggu lepas,” kata Slot.

    “Ia mempunyai semua yang awda mahukan dari satu perlawanan. Dari perspektif Liverpool, kami boleh sekurang-kurangnya mahukan keputusan seri selepas 90 minit.

    “Kami mencipta peluang dan kemudian kami ketinggalan 1-0. Kami kehabisan tuah selepas perlawanan minggu lalu.”

    Liverpool telah menduduki tempat teratas dalam fasa kumpulan Liga Juara-Juara yang berwajah baharu selepas memenangi tujuh perlawanan pembukaan mereka.

    “Kami tewas dengan bermaruah, tetapi ia adalah sesuatu yang perlu diambil kira betapa berbaloinya untuk menamatkan saingan di tempat pertama dalam carta liga jika awda menentang PSG pada pusingan seterusnya,” tambah pengendali Belanda itu.

    “Sudah tentu ia adalah satu kejutan (untuk keluar). Saya boleh katakan musim lalu kami tidak terlibat dalam Liga Juara-Juara, dua musim lalu kami menentang Madrid tewas 5-2 di laman sendiri.

    “Sekiranya awda ditewaskan, berjuanglah seperti yang kami lakukan menentang salah satu pasukan terbaik di Eropah,” tambah Slot. – AFP

    Reaksi pemain Liverpool setelah tewas penalti kepada Paris Saint-Germain (PSG) di Anfield di Liverpool, England kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda