Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lu Guangzu mara ke peringkat 16 terakhir

    MADRID, 15 DIS – Lu Guangzu dari China membuat kejutan besar dalam Kejohanan badminton dunia Total Energies BWF kelmarin apabila dia menewaskan pilihan nombor empat, Chou Tien-Chen dalam tiga set untuk menempah tempat ke pusingan 16 terakhir.

    Prestasi Lu menunjukkan ketabahan yang hebat apabila dia bangkit selepas tewas set pertama 21-14 untuk memenangi set kedua 21-15 bagi menyamakan kedudukan dan kemudian mengulangi kedudukan 21-15 pada set ketiga yang menentukan.

    “Chou adalah pemain yang sangat sukar. Apa yang boleh saya lakukan adalah untuk melawan setiap mata, jadi saya cuba mengekalkan rali yang panjang untuk mencari peluang. Saya bermula dengan teruk pada set pertama, tetapi kemudian saya bersabar dan bermain mengikut strategi saya sendiri,” kata Lu.

    Kini Lu akan menentang pilihan nombor 12, Kidambi Srikanth, yang menamatkan saingan Li Shifeng di Sepanyol selepas pertarungan sengit 15-21, 21-18, 21-17 setelah Li memenangi set pertama dan mempunyai peluang untuk layak ke pusingan 16 terakhir sehingga saat terakhir perlawanan sengit.

    “Kidambi adalah pemain yang sangat berpengalaman dan saya percaya dia menggunakan sepenuh pengalamannya untuk menewaskan Li hari ini.

    “Saya tidak pernah menewaskannya sebelum ini tetapi saya akan bersedia dengan baik untuk perlawanan yang sukar itu. Semoga saya boleh membuat beberapa kejayaan seperti hari ini,” kata Lu. – Xinhua

    Aksi Lu Guangzu bersaing semasa perlawanan pusingan kedua perseorangan lelaki menentang Chou Tien-Chien di Huelva, Sepanyol kelmarin. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda