Saturday, September 21, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lufya Omar mahu kembali jadi penyanyi

    Lebih dikenali sebagai seorang pelakon, mungkin ramai yang tidak sedar Lufya Omar juga merupakan seorang penyanyi dan pernah menghasilkan dua single sebelum ini.

    Memasang niat untuk kembali aktif, Lufya atau Lutfyah Sheikh Omar kini sedang rancak menyusun langkah dalam bidang nyanyian selepas sekian lama menyepi.

    “Bakat saya menyanyi tetapi mungkin sebelum ini lebih banyak disunting untuk berlakon sampai orang lupa saya ini penyanyi.

    “Sedih juga bila orang tidak tahu bakat sebenar saya.

    “Sebelum ini saya sibuk untuk uruskan anak dan beberapa hal lain termasuk kes mahkamah.

    Lufya rancak menyusun langkah dalam bidang nyanyian. – mStar

    “Sekarang anak pun dah besar dan saya sudah sedia kembali aktif sebagai penyanyi,” katanya kepada mStar.

    Sebelum ini, Lufya pernah tampil dengan lagu berjudul Diam dan Doaku yang merupakan ciptaannya sendiri.

    Kerjaya Lufya sebagai penyanyi bermula apabila menyertai pertandingan Akademi Fantasi musim ke-6 sebelum berjinak-jinak dalam bidang lakonan.

    Dalam pada itu, Lufya berkata dia memiliki 10 lagu ciptaan sendiri dalam simpanannya.

    Malah, sebagai persediaan untuk kembali aktif, Lufya juga sudah merakamkan melodi untuk salah satu karya tersebut. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda