Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Macquarie terbit waran ke-1000

    KUALA LUMPUR, 21 Jun – Kumpulan pelaburan perbankan global dan perkhidmatan kewangan pelbagai, Macquarie Group Ltd (Macquarie), sudah menerbitkan sejumlah 1,000 waran berstruktur di Malaysia sejak kali pertama pada Oktober 2014, berikutan terbitan 12 waran baharu hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Macquarie berkata, data daripada laman web malaysiawarrants.com.my menunjukkan, ia adalah peneraju terbitan waran di negara ini dan sehingga 31 Mei, 2018, Bloomberg melaporkan bahawa Macquarie menguasai pegangan pasaran, iaitu 60.1 peratus daripada perolehan pasaran waran Malaysia.

    Ketua Produk Derivatif Ekuiti Asia Macquarie, Barnaby Matthews, berkata memandangkan pelabur menjadi semakin berpengetahuan terhadap pelaburan mereka, pasaran akan terus berkembang.

    “Oleh kerana turun naik di pasaran meningkat, Macquarie menjangka pertukaran kepada waran indeks untuk selanjutnya, terutama untuk pelabur yang mencari keuntungan daripada mana-mana kejatuhan harga jangka pendek, memandangkan waran adalah antara langkah yang mana pelabur Malaysia boleh membuat keuntungan daripada kejatuhan di bursa saham,” katanya.

    Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd, Datuk Seri Tajuddin Atan, berkata waran Malaysia terus menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan, dengan peningkatan permintaan pelabur terhadap produk yang lebih sofistikated. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda